Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan perlu dakap kerja dari rumah sebagai norma baru: Lawrence Wong

Bekerja dari rumah harus dijadikan norma baru meskipun langkah "pemutus rantaian jangkitan COVID-19" negara ini dilonggarkan secara berperingkat mulai bulan depan, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Sabtu (23 Mei) dan menggesa majikan supaya mengubah cara pemikiran mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan perlu dakap kerja dari rumah sebagai norma baru: Lawrence Wong

Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 23 May 2020 03:55PM Dikemas Kini : 23 May 2020 03:58PM

SINGAPURA: Bekerja dari rumah harus dijadikan norma baru meskipun langkah "pemutus rantaian jangkitan COVID-19" negara ini dilonggarkan secara berperingkat mulai bulan depan, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Sabtu (23 Mei) dan menggesa majikan supaya mengubah cara pemikiran mereka.

Tempoh pemutus jangkitan di Singapura akan berakhir seperti dijadualkan pada 1 Jun, dengan langkah-langkah ditarik balik secara berperingkat melalui tiga fasa. Di bawah fasa pertama, perniagaan yang beroperasi dalam sekitaran dengan risiko jangkitan yang rendah dibenarkan untuk beroperasi. Namun, pihak berkuasa menekankan bahawa aturan bekerja dari rumah perlu dilaksanakan "sebanyak mungkin pada tahap maksimum".

Beberapa syarat juga ditetapkan. Misalnya, para pekerja hanya perlu pulang ke tempat kerja jika mereka perlu menggunakan peralatan dan jentera yang khusus atau jika mereka perlu memenuhi keperluan undang-undang seperti menguruskan kontrak atau urus niaga.

"Pada dasar itu, kami menjangkakan sebilangan besar pekerja pejabat akan terus bekerja dari rumah seperti yang dilakukan sekarang," kata Encik Wong, yang memimpin bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani penularan COVID-19.

Encik Wong menambah, banyak majikan dan pengurus perlu menyesuaikan corak pemikiran mereka kepada norma baru ini.

"Ia bukan lagi tentang memastikan kesemua pekerja anda berada secara fisikal di pejabat. Meskipun jika mereka perlu berada di pejabat, pertimbangkan jika mereka benar-benar perlu lakukan demikian setiap hari," katanya sambil menarik perhatian bahawa "aturan hibrid" boleh dilakukan di mana mereka buat beberapa hari seminggu mereka boleh bekerja dari rumah.

Bagi mereka yang perlu ke pejabat, majikan harus memastikan sekitaran pekerjaan adalah selamat dengan menyediakan pengaliran udara yang baik dan piawai kebersihan yang tinggi. Majikan juga boleh melaksanakan masa bekerja berbeza-beza, katanya.

"Kesemua langkah berjaga-jaga di tempat kerja ini adalah kritikal dalam usaha kita melawan COVID-19," tulis Encik Wong. 'Ini akan mengurangkan keperluan bagi pergerakan harian orang ramai dan mengurangkan risiko virus itu menular sekali lagi."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan