Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia muktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 awal tahun depan

Kerajaan Malaysia mungkin akan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun 2021. Demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia muktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 awal tahun depan

Gambar hiasan botol dengan label vaksin virus korona COVID-19 (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 12:51PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 12:53PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mungkin akan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun 2021. Demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata data daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada di fasa ketiga dijangka dianalisa pada hujung tahun ini.

Menurut beliau, MOSTI juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang serta model pemerolehan bagi vaksin COVID-19.

"Kita juga sedang berbincang terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin COVID-19 Vaccine Global Access (Covax).

"Saya juga telah meminta supaya satu perjanjian dengan negara China dimuktamadkan secepat mungkin berikutan draf penjanjian hampir siap," katanya selepas melancarkan pengecas tanpa wayar nanotech (METT) yang pertama di Malaysia hari ini (29 Sep).

Beliau menambah rundingan dengan pihak Covax bagi penyertaan Malaysia di dalam kemudahan tersebut untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang diperlukan masih berlangsung.

"Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dengan pihak Covax. Kemudahan ini adalah kemudahan pembelian awal jadi model pemerolehan ini agak luar biasa. Kita bayar untuk benda yang masih belum lagi wujud," jelasnya.

Antara syarikat yang sudahpun memulakan ujian klinikal terakhir vaksin COVID-19 termasuk Moderna, Pfizer and BioNTech, AstraZeneca, Universiti Oxford dan Johnson & Johnson.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan