Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lapor 7,276 kes baru COVID-19; hampir 98% kategori 1 & 2

Sejumlah 97.9 peratus atau 7,126 daripada 7,276 kes baru COVID-19, yang dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini (12 Okt) di Malaysia, melibatkan individu dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 7,276 kes baru COVID-19; hampir 98% kategori 1 & 2

Gambar: AFP

Diterbitkan : 12 Oct 2021 08:15PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 08:16PM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 97.9 peratus atau 7,126 daripada 7,276 kes baru COVID-19, yang dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini (12 Okt) di Malaysia, melibatkan individu dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata baki 150 kes atau 2.1 peratus pula terdiri daripada kategori 3, 4 dan 5. 

Kategori 3 merujuk kepada individu yang mempunyai radang paru-paru sementara kategori 4 memerlukan bantuan oksigen manakala kategori 5 memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada jumlah kes baru itu, 7,266 kes melibatkan penularan dalam negara membabitkan 6,869 warganegara dan 397 rakyat asing manakala 10 kes adalah kes import membabitkan dua warganegara dan lapan bukan warganegara," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata 10,555 kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini 2,217,057.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 724 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) merangkumi 683 yang disahkan positif COVID-19 manakala 41 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Sebanyak 398 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 297 yang disahkan positif COVID-19 manakala 101 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Beliau turut memaklumkan 14 kelompok baru dikesan dengan enam kelompok melibatkan kelompok tempat kerja, lima kelompok melibatkan penularan dalam masyarakat, masing-masing satu kelompok kumpulan berisiko tinggi, kelompok melibatkan pendidikan lain serta kelompok institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. 

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) untuk Malaysia semalam adalah 0.88, denganPutrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.08.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan