Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 5,911 kes baru COVID-19

Sebanyak 5,911 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh Malaysia sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 5,911 kes baru COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 03:28PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 03:31PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,911 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh Malaysia sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Jumlah itu kurang 529 kes berbanding 6,440 kes yang dicatat pada Jumaat (18 Jun).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baru itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 691,115.

Katanya, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,111 orang diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498) dan Kuala Lumpur (483).

Selain itu, 245 kes direkodkan di Perak, Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (tiga) manakala tiada kes baru dicatat di Perlis.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan