Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lapor 5,566 kes baru COVID-19; Selangor masih catat kes tertinggi

Sejumlah 5,566 kes baru COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatatkan semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 5,566 kes baru COVID-19; Selangor masih catat kes tertinggi

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jun 2021 05:54PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 05:57PM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,566 kes baru COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatatkan semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 627,652 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,524 kes dikuti Sarawak (707); Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456); Sabah (350); Melaka (314); dan Perak (225).

Selain itu, Kelantan merekodkan 204 kes; Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148); Terengganu (106); Putrajaya (27); dan Perlis (satu).

Sumber : Bernama/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan