Virus Korona

Images
  • msia covid (2)
    Para pekerja jagaan kesihatan menjalankian ujian swab COVID-19 ke atas seorang wanita dalam khemah yang dibangunkan di lot tempat letak kereta di Hospital Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada 23 Mei 2020. (Gambar fail: Lim Huey Teng/REUTERS)

M'sia lapor 3 jangkitan baru COVID-19; tiada kematian

PUTRAJAYA: Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kembali mencatatkan satu angka apabila tiga kes baru dilapor hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,637 dengan kebolehjangkitan 182 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kes merupakan penularan dalam negara manakala satu lagi kes import.

"Satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara juga," katanya di sidang media perkembangan COVID-19 hari ini (29 Jun).

Memperincikan kes penularan dalam negara, beliau berkata satu kes dikesan di Selangor melalui saringan praprosedur bagi rawatan penyakit barah darah dan satu kes saringan tempat kerja iaitu di pasar di Sandakan, Sabah.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, sebanyak empat kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, hanya satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata tiada pertambahan kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan angka korban COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 121, mewakili 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, seramai 4,437 orang dalam pengawasan (PUS) daripada 5,909 orang yang dibenarkan pulang dari pusat kuarantin pada 10 Jun lalu menjalani ujian COVID-19 di klinik kesihatan atau klinik swasta pada hari ke-13.

"Daripada jumlah itu, tiga kes telah dikesan positif COVID-19, sementara seramai 1,472 orang masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13," katanya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- BERNAMA/FZ/fz

Top