Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lapor 20 kes baru COVID-19, lebih separuh libatkan 2 kelompok di Kedah

Kes baru positif COVID-19 terus melonjak kepada 20 kes hari ini (14 Ogos) termasuk 10 kes melibatkan Kluster Tawar di Baling, Kedah dan satu kes melibatkan kluster baru iaitu Kluster Muda di negeri sama.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 20 kes baru COVID-19, lebih separuh libatkan 2 kelompok di Kedah

Orang ramai memakai pelitup di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 21 Mei 2020. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 07:24PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 07:27PM

KUALA LUMPUR: Kes baru positif COVID-19 terus melonjak kepada 20 kes hari ini (14 Ogos) termasuk 10 kes melibatkan Kluster Tawar di Baling, Kedah dan satu kes melibatkan kluster baru iaitu Kluster Muda di negeri sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,149 kes serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 196 kes.

Beliau menjelaskan daripada 20 kes baru, 13 kes merupakan penularan tempatan dan kesemua kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Daripada 20 kes baru yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan enam warganegara dan satu bukan warganegara.

“Tujuh kes import itu adalah dari negara Lubnan (tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Indonesia (satu kes di Selangor); Perancis (satu kes di Selangor); Yaman (satu kes di Sarawak); dan Taiwan (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),” katanya dalam kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau menjelaskan kes penularan tempatan di Kedah melibatkan 10 kes daripada Kluster Tawar, satu kes Kluster Muda dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) manakala di Pulau Pinang mencatatkan satu kes saringan Kluster Tawar kerana mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-9149).

“Beliau juga mempunyai sejarah melawat kes ke-9113 dan kes ke-9129 di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak tujuh kes telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,828 kes (96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Beliau memaklumkan sehingga kini, terdapat empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 kekal sebanyak 125 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes), katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan