Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lapor 2,195 kes baru COVID-19; 8 korban jiwa

Kes baru COVID-19 menurun sedikit dengan mencatat 2,195 kes berbanding 2,331 kes yang dilaporkan semalam (17 Apr), menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di Malaysia sebanyak 375,054 kes setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 2,195 kes baru COVID-19; 8 korban jiwa

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 08:36PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 08:39PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 menurun sedikit dengan mencatat 2,195 kes berbanding 2,331 kes yang dilaporkan semalam (17 Apr), menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di Malaysia sebanyak 375,054 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasminya memaklumkan bahawa Sarawak kembali menjadi negeri dengan kes baru tertinggi hari ini dengan 508 kes, diikuti Selangor (431), Johor (387) dan Kelantan 332 kes.

Sejumlah 176 kes direkodkan di Kuala Lumpur, Sabah (112), Pulau Pinang (84), Negeri Sembilan (42), Perak (35), Kedah (30), Terengganu (16), Melaka dan Pahang masing-masing mencatat 15 kes, Labuan (6), Putrajaya (3) dan Perlis (3).

Kes sembuh pula mencatat 1,427 kes dengan 219 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Lapan lagi kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat pandemik itu mencecah 1,378 orang setakat ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster sekolah atau institusi pendidikan tinggi hari ini yang melibatkan kes di Sarawak.

Ia termasuk dalam lima kluster lagi yang dikenal pasti hari ini, dengan tiga daripadanya melibatkan kluster tempat kerja dan satu kluster masyarakat.

"Kluster sekolah atau institusi pendidikan tinggi KPM (Kementerian Pendidikan) itu ialah Kluster Jalan Bintulu Sibu yang melibatkan daerah Tatau dan Bintulu di Sarawak.

"Kluster ini melibatkan pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bintulu Sibu di Tatau. Sehingga hari ini, sejumlah 546 individu disaring, dengan 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini," katanya.

Sementara itu, kluster tempat kerja ialah Kluster Selat Klang dan Kluster Tapak Bina Cahaya Alam di Selangor; Kluster Jalan Perindustrian Satu di Johor; serta kluster masyarakat iaitu Kluster Tarat Tani di Sarawak.

Semalam KKM mengesan tiga sekolah atau institusi pendidikan tinggi iaitu Kluster Ulu Balingian (Sarawak), Jalan Disa (Sarawak) dan Jalan Maktab (Selangor). 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan