Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 153 kes baru COVID-19, 90 terkait perhimpunan tabligh

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia, ialah empat orang.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 153 kes baru COVID-19, 90 terkait perhimpunan tabligh

Pengunjung memakai pelitup ketika berjalan melalui Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 31 Jan 2020. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 04:30PM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 07:27PM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia, ialah empat orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang meninggal dunia itu melibatkan kes ke-238, yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi, dan ketika dalam penjagaan di ICU.

"Kesihatan beliau merosot hari demi hari sejak kemasukan dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac jam 1:30 pagi," katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Semalam, Dr Noor Hisham dalam catatan Facebook rasmi beliau, mengesahkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, apabila seorang lelaki tempatan iaitu kes ke-152 daripada kelompok jemaah tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah. 

19 KAKITANGAN KKM, 5 PETUGAS KESIHATAN DIJANGKITI COVID-19

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, 19 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta, disahkan dijangkiti COVID-19.

Katanya dua daripada 19 kakitangan KKM tersebut, sedang dirawat di ICU.

Bagaimanapun beliau menegaskan, punca jangkitan bagi semua 19 anggota kesihatan KKM terbabit bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka, semasa mengendalikan kes COVID-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua, melibatkan kluster jemaah tabligh," katanya.

Sehingga 14 Mac, bilangan anggota KKM yang telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 adalah seramai 337 orang. Dari jumlah tersebut, 251 adalah didapati negatif – manakala baki 86 lagi masih menunggu keputusan (pending).

Kementerian Kesihatan juga mengesahkan satu lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia, ialah empat orang.

Dr Noor Hisham berkata, individu yang meninggal dunia itu melibatkan kes ke-238, yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi, dan ketika dalam penjagaan di ICU.

"Kesihatan beliau merosot hari demi hari sejak kemasukan dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac jam 1:30 pagi," katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Semalam, Dr Noor Hisham dalam catatan Facebook rasmi beliau, mengesahkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, apabila seorang lelaki tempatan iaitu kes ke-152 daripada kelompok jemaah tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan