Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lapor 15 kes baru COVID-19 dengan 11 jangkitan tempatan hari ini

Sebanyak 15 kes baru COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negeri dan empat kes import dilaporkan hari ini (13 Ogos), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 15 kes baru COVID-19 dengan 11 jangkitan tempatan hari ini

Orang ramai memakai pelitup di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 21 Mei 2020. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 08:11PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 08:13PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 15 kes baru COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negeri dan empat kes import dilaporkan hari ini (13 Ogos), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak berkenaan sebanyak 9,129 kes setakat ini dengan kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 183 kes.

Kes penularan dalam negara membabitkan 10 rakyat Malaysia merangkumi satu kes saringan prapembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan sembilan kes daripada kluster baharu Tawar di Kedah.

Satu kes lagi melibatkan bukan warganegara yang dikesan melalui saringan sebelum bertolak ke luar negara, katanya.

“Empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia dan Yaman,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Menurutnya empat kes import terbabit melibatkan tiga di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak empat kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sebanyak 8,821 kes iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut berkata tiada kes kematian berkaitan virus itu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes maut kekal 125 kes.

“Sehingga kini, dua kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan