Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia catat 6,239 kes baru; 75 korban COVID-19

Kes baru positif COVID-19 di Malaysia kembali melepasi angka 6,000 dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat 6,239 kes baru; 75 korban COVID-19

Petugas kesihatan di pusat ujian COVID-19 di Kuala Lumpur. (Gambar: Reuters/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 09:25PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 09:28PM

KUALA LUMPUR: Kes baru positif COVID-19 di Malaysia kembali melepasi angka 6,000 dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi laman media sosial rasminya hari ini (9 Jun) mengatakan sejumlah 6,239 kes baru COVID-19 dicatatkan sepanjang 24 jam lalu, meningkat berbanding 5,566 kes pada hari sebelumnya.

Beliau berkata berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini adalah 633,891.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 2,291 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468) dan Sarawak (419).

Selain itu, Kelantan merekodkan 340 kes, Pahang dan Sabah masing-masing 232 kes, Labuan (200), Pulau Pinang (194), Perak (175), Terengganu (171), Melaka (150), Kedah (135), Putrajaya (17) manakala Perlis pula empat kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi kenyataannya berkata sebanyak 7,386 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan kes aktif kini sebanyak 81,575, manakala 905 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 453 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 75 kes kematian direkodkan hari ini melibatkan 23 kes di Selangor, 18 kes di Johor, tujuh di Kelantan, masing-masing lima kes di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Sarawak, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 15 kelompok baru dikesan dengan 13 daripadanya melibatkan penularan di tempat kerja dan masing-masing satu kluster melibatkan masyarakat dan Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran (KPM). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan