Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia catat 3,048 kes baru COVID-19, lagi 11 kematian

Kawasan Lembah Klang, yang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur, menyumbang kepada sepertiga daripada 3,048 kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat 3,048 kes baru COVID-19, lagi 11 kematian
Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:32PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:34PM

KUALA LUMPUR: Kawasan Lembah Klang, yang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur, menyumbang kepada sepertiga daripada 3,048 kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (25 Jan).

Terdapat 1,035 kes di Selangor dan 305 kes di Kuala Lumpur. Lagi 529 kes jangkitan dikesan di Johor dan 348 di Sabah.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu juga melaporkan 11 kematian baru, yang berlaku di Sabah, Selangor, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur. Mangsanya berusia antara 52 dengan 82 tahun, kebanyakann daripada mereka mempunyai sejarah penyakit lain.

Sebanyak 261 pesakit berada di unit jagaan rapi, dengan 101 daripada mereka memerlukan sokongan pernafasan.

Sebanyak 13 kelompok baru dikesan - lapan melibatkan tempat-tempat kerja, tiga dalam kalangan masyarakat dan dua melibatkan mereka dalam sektor perubatan.

Terdapat 351 kelompok aktif COVID-19 di Malaysia.

"TIADA PENGHUJUNG"

Pengarah kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menggesa rakyat Malaysia supaya terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 bagi memutuskan rantaian jangkitan.

"Saya sangat sedih kerana kita sudah setahun bertahan memerangi COVID-19. (Namun) penghujungnya tidak kelihatan. Sekalipun demikian, meskipun mengalami keletihan mental dan fizikal, kita semua harus terus memeranginya (virus). Semua orang, tidak kira siapapun anda, mesti memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara bersama-sama," kata Dr Noor Hisham menerusi catatan di akaun Twitter.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ke seluruh Malaysia kecuali Sarawak sedang negara itu terus menyaksikan jumlah kes jangkitan terus meningkat.

Menteri Kanan Ismail Sabru Yaakob berkata keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKP kali kedua, dengan sedikit kelonggaran, tidak mudah.

Bagaimanapun, keputusan itu mesti dibuat demi mengimbangi antara kesihatan rakyat dengan ekonomi negara.

Sehingga hari ini, Malaysia mencatat 186,849 kes COVID-19, yang mana 41,076 daripadanya dikategorikan sebagai kes aktif atau berjangkit. Negara itu juga mencatat 689 kes kematian.

Sumber : Bernama/CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan