Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia akan terus guna vaksin AstraZeneca, kata Menteri Kesihatan

Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan terus guna vaksin AstraZeneca, kata Menteri Kesihatan

Bebuli vaksin AstraZeneca. (Gambar: REUTERS/Hannibal Hanschke)

Diterbitkan : 06 Apr 2021 05:05PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 05:10PM

PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis tandatangan Nota Kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pengangkutan pada Selasa (6 Apr), Dr Adham berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini.

"Penggunaan vaksin AstraZeneca akan diteruskan kerana data klinikal yang didapati masih menjurus kepada kebaikan berbanding kemudaratan," katanya serta menambah bahawa KKM mengambil maklum elemen kesan ‘sampingan’ dan kes melibatkan thrombocytopenia yang dilaporkan.

Menurut laporan media, tujuh daripada 30 penerima vaksin jenis AstraZeneca di United Kingdom mengalami masalah darah beku.

Pengawal selia kesihatan Britain dilaporkan sedang menimbangkan saranan untuk menyekat penggunaan vaksin AstraZeneca dalam kalangan orang yang lebih muda berikutan kebimbangan tentang kes darah beku yang jarang berlaku.

Pada 2 April lalu, KKM meluluskan pendaftaran bersyarat bagi vaksin AstraZeneca jenis cecair suntikan yang dibekalkan melalui kemudahan COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan.

Dr Adham berkata Malaysia juga akan membuat pemerolehan 10 peratus vaksin AstraZeneca dari Thailand secara pembelian terus.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan