Skip to main content

Iklan

Iklan

Lelaki didakwa guna kekerasan jenayah ke atas duta jarak selamat di luar McDonald's Hougang

Seorang lelaki didakwa pada Sabtu (18 Apr) atas satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang duta jarak selamat di luar cawangan McDonalds di Hougang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa guna kekerasan jenayah ke atas duta jarak selamat di luar McDonald's Hougang

Cawangan McDonalds di Hougang.

Diterbitkan : 18 Apr 2020 05:35PM Dikemas Kini : 18 Apr 2020 05:54PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Sabtu (18 Apr) atas satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang duta jarak selamat di luar cawangan McDonalds di Hougang.

Jayseelan Ramachandran, 39, dituduh menepis tangan Cik Lee Jia Jia di luar restoran makanan segera itu di Blok 684 Hougang Avenue 8 pada sekitar pukul 1.30 petang pada 12 Apr.

Dia didakwa melakukan demikian untuk menghalang Cik Lee daripada menjalankan tugasnya.

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada hari insiden itu, berhubung pertikaian antara duta itu dengan lelaki tersebut.

Siasatan mendapati bahawa duta jarak selamat berkenaan menasihati lelaki tersebut agar jangan berlegar-legar di Hougang Avenue 8.

Dia dipercayai memukul tangan duta itu, menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh. Lelaki tersebut kemudian melarikan diri dari kawasan itu.

Jayseelan dikenal pasti selepas siasatan dijalankan, dengan bantuan kamera polis, dan diberkas pada Jumaat.

Dia juga disiasat bagi dua lagi kes kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan melanggar langkah jarak selamat COVID-19, menurut polis.

Jayseelan ditahan dan akan kembali ke mahkamah pada 21 Apr bagi semakan semula ikat jaminnya.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Menurut polis, pihaknya "tidak boleh menerima sama sekali tindakan ganas terhadap pegawai penguatkuasaan dan duta jarak selamat". Ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar undang-undang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan