Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Denmark dijel 4 bulan gara-gara batuk ke arah polis

Insiden itu, yang berlaku semasa negara tersebut dikenakan perintah berkurung sepenuhnya akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Denmark dijel 4 bulan gara-gara batuk ke arah polis

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 09:55PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 10:16PM

COPENHAGEN: Mahkamah Tinggi Denmark, menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang lelaki kerana melepaskan batuk ke arah dua pegawai polis sambil menjerit "korona" semasa satu pemeriksaan trafik dijalankan pada Mac 2020.

Insiden itu, yang berlaku semasa negara tersebut dikenakan perintah berkurung sepenuhnya akibat COVID-19, menyebabkan defendan ditangkap atas tuduhan berkelakuan mengancam, meskipun dia kemudian diuji negatif COVID-19.

Sebuah mahkamah tempatan membebaskannya dari tuduhan tetapi dia kemudian disabit kesalahan di Mahkamah Tinggi Barat Denmark.

Semasa mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Tinggi, pihak pendakwa raya meminta hukuman penjara tiga hingga lima bulan.

Insiden-insiden lain yang dilaporkan berlaku di Denmark pada tahun lalu, sebahagiannya mencerminkan tahap keyakinan yang berkurangan dalam kalangan masyarakat umum terhadap cara pemerintah menangani krisis COVID-19, manakala kes serupa juga dilaporkan di Britain, Amerika Syarikat dan Kanada.

Pasukan polis Britain mencatat 200 insiden meludah atau batuk ke arah pegawai dalam tempoh seminggu - lazimnya dimulakan oleh pesalah yang mengatakan mereka dijangkiti, menurut dapatan tinjauan The Telegraph pada April tahun lalu.

Defendan, yang merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an, juga disabit kesalahan melarikan diri dari polis menyusuli sesi soal siasat awal di mahkamah bandar. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan