Skip to main content

Iklan

Iklan

Lebih ramai boleh kembali ke tempat kerja, kumpulan berasingan tidak diwajibkan dari 5 Apr

 Lebih ramai pekerja boleh kembali ke tempat kerja dari 5 Apr dan aturan kumpulan berasingan tidak lagi diwajibkan sedang Singapura melonggarkan beberapa langkah COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai boleh kembali ke tempat kerja, kumpulan berasingan tidak diwajibkan dari 5 Apr

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 08:01PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 08:07PM

SINGAPURA: Lebih ramai pekerja boleh kembali ke tempat kerja dari 5 Apr dan aturan kumpulan berasingan tidak lagi diwajibkan sedang Singapura melonggarkan beberapa langkah COVID-19.

Negara ini akan beralih daripada aturan bekerja dari rumah kepada cara bekerja yang lebih "fleksibel dan hibrid". Ini diumumkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian, Encik Lawrence Wong pada Rabu (24 Mac).

Sehingga 75 peratus pekerja yang sekarang dapat bekerja dari rumah boleh berada di tempat kerja pada satu-satu masa, berbanding 50 peratus pekerja sekarang, menurutnya dalam satu sidang media.

Had masa ditetapkan bagi seorang pekerja berada di tempat kerja juga akan ditarik balik.

"Kami tidak lagi akan mewajibkan kumpulan-kumpulan berasingan, tetapi kami amat menggalak para pekerja untuk masih mengatur waktu mula bekerja secara berperingkat dan melaksanakan waktu bekerja yang fleksibel, dan sudah tentunya, para majikan mesti terus melaksanakan semua langkah pengurusan selamat," menurut Encik Wong, yang juga Menteri Pendidikan.

Langkah-langkah sedemikian akan membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dengan mengurangkan interaksi dan orang ramai berkumpul di ruang-ruang bersama, menurut MOH dalam satu kenyataan media pada Rabu.

MOH menambah bahawa meskipun aturan kumpulan berasingan tidak lagi diwajibkan, syarikat-syarikat boleh terus melaksanakan aturan sedemikian jika mereka memilih melakukannya.

Sekatan terhadap silang pengerahan di tempat-tempat kerja tetap dilaksanakan.

Perhimpunan sosial dan riadah, seperti acara mengeratkan silaturahmi yang dianjurkan oleh majikan, akan dibenarkan tetapi mesti dihadkan kepada tidak lebih lapan orang.

Sementara lebih ramai orang kembali ke tempat kerja, rakan-rakan perikatan tiga pihak menggesa syarikat-syarikat untuk kekal berwaspada, menurut MOH, sambil menambah bahawa para majikan mesti terus melaksanakan langkah pengurusan selamat. Ini termasuk membersihkan ruang-ruang awam secara tetap, memastikan langkah jarak selamat dipatuhi dan memakai pelitup muka pada setiap masa.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap para majikan yang gagal mematuhi langkah pengurusan selamat, dan ini termasuk tempat kerja mungkin diarah tutup.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan