Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan untuk penerima skim bantuan ComCare harungi pandemik

Penerima skim bantuan awam ComCare boleh menjangkakan lebih banyak bantuan untuk mengatasi pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2020 06:35PM Dikemas Kini : 05 May 2020 08:56PM

SINGAPURA: Penerima skim bantuan awam ComCare boleh menjangkakan lebih banyak bantuan untuk mengatasi pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata Pejabat Khidmat Sosial (SSO) lebih fleksibel dalam tempoh sekarang.

Jumlah permohonan bagi bantuan jangka pendek dan jangka sederhana pada bulan lalu, meningkat 52.3 peratus berbanding purata bulanan sejak enam bulan lalu.

Encik Lee menambah keluarga yang kini dalam senarai penerima ComCare, juga akan mendapat bantuan yang dilanjutkan secara automatik selama enam bulan lagi.

Peruntukan bagi ComCare tahun ini adalah sekitar S$240 juta.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan