Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih banyak penelitian mendalam dilakukan ke atas vaksin COVID-19 AstraZeneca

Penelitian lebih mendalam akan dilakukan terhadap vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama Universiti Oxford dan syarikat Astrazeneca.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak penelitian mendalam dilakukan ke atas vaksin COVID-19 AstraZeneca

Bebuli vaksin AstraZeneca. (Gambar: AFP/Justin Tallis)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 08:59PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 09:18PM

BRITAIN: Penelitian lebih mendalam akan dilakukan terhadap vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama Universiti Oxford dan syarikat Astrazeneca.

Ini menyusuli hasil penilaian agensi kawal selia ubat-ubatan Eropah tentang kemungkinan kaitan vaksin itu dengan kejadian darah beku yang jarang berlaku yang dialami segelintir orang yang sudah diberi suntikan vaksin tersebut.

Agensi itu berpendapat kemungkinan berlaku darah beku sepatutnya disenaraikan sebagai salah satu kesan sampingan vaksin tersebut.

Bagaimanapun agensi itu tetap menyarankan penggunaan vaksin AstraZeneca kerana manfaatnya jauh lebih besar daripada risikonya.

Kebanyakan kes darah beku itu menjejas wanita berusia 60 tahun dan ke bawah.

Sebilangan negara Eropah merancang untuk mencampur vaksin, dengan Jerman menyarankan golongan muda yang sudah menerima suntikan dos pertama AstraZeneca agar mendapatkan vaksin lain bagi dos kedua.

Menurut AstraZeneca, semakan dari badan-badan kawal selia Eropah dan Britain mengesahkan lagi bahawa kebaikan vaksin tersebut jauh melebihi risikonya.

Begitu juga pendirian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Program COVAX kelolaan PBB yang memastikan pengagihan adil vaksin kepada negara-negara lebih miskin kebanyakannya menggunakan vaksin AstraZeneca.  

Sumber : Agensi berita/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan