Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 penumpang Hong Kong kapal Diamond Princess selamat pulang ke negara asal

Lebih 100 penumpang kapal pesiaran Diamond Princess dari Hong Kong kembali ke tanah air mereka pagi tadi (20 Feb) dengan menaiki pesawat yang disewa khas boleh pemerintah wilayah khas China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 penumpang Hong Kong kapal Diamond Princess selamat pulang ke negara asal

Seorang penumpang (tengah) meninggalkan kapal pesiaran Diamond Princess yang dikuarantinkan di Yokohama, Jepun. (Gambar: CHARLY TRIBALLEAU/AFP)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 03:34PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 04:34PM

HONG KONG: Lebih 100 penumpang kapal pesiaran Diamond Princess dari Hong Kong kembali ke tanah air mereka pagi tadi (20 Feb) dengan menaiki pesawat yang disewa khas boleh pemerintah wilayah khas China itu.

Meskipun sudah disahkan di Jepun tidak dijangkiti COVID-19, para penumpang itu masih perlu menjalani kuarantin 14 hari di Hong Kong di sebuah estet perumahan yang baru dibina.

Pemerintah Hong Kong akan menghantar sebuah lagi pesawat khas bagi membawa baki rakyatnya dari Yokohama.

Seramai 352 rakyat Hong Kong menaiki kapal persiaran tersebut. Seramai 53 daripada mereka disahkan dijangkiti COVID-19 dan masih dirawat di Jepun.

Selain Hong Kong, beberapa negara lain juga menghantar pesawat khas untuk membawa pulang rakyat masing-masing yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess.

Sumber : Agensi berita/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan