Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi varian baru COVID-19 ditemukan di Indonesia

Satu lagi varian baru COVID-19 dikesan di Indonesia, iaitu B1525, dipercayai dari Malaysia selepas seorang warganegara Indonesia yang kembali ke negara itu disahkan positif.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi varian baru COVID-19 ditemukan di Indonesia

Gambar fail para pekerja jagaan kesihatan di Indonesia. (Gambar: Antara Foto/Nyoman Hendra Wibowo via Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 11:15PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 11:17PM

JAKARTA: Satu lagi varian baru COVID-19 dikesan di Indonesia, iaitu B1525, dipercayai dari Malaysia selepas seorang warganegara Indonesia yang kembali ke negara itu disahkan positif.

Jurucakap Vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmizi dipetik media tempatan berkata, varian itu ditemukan di Batam, Kepulauan Riau, terhadap seorang pesakit yang kembali dari Malaysia pada Febuari lepas.

“Satu spesimen pada Februari, dari PMI (pekerja Migran Indonesia) Malaysia, didapati varian baru, pesakit itu telah menjalani kuarantin dan rawatan, dan telah sembuh,” katanya.

Cik Siti Nadia berkata, penyelidikan awal mendapati varian virus B1525 itu bukan mutasi dari varian virus COVID-19 seperti B117 dan E484K, tetapi varian virus yang tersendiri.

Setakat hari ini, Indonesia mencatatkan 1,599,763 kes positif COVID-19, dengan 5,041 kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 1,450,192 kes positif dinyatakan sembuh, manakala sebanyak 43,328 orang meninggal dunia akibat virus itu.

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan