Skip to main content

Iklan

Iklan

Lagi 8 kes kematian COVID-19 sedang S'pura lapor 2,268 kes baru

Singapura melaporkan rekod 2,268 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (29 Sep) dan lagi lapan kematian disebakan komplikasi akibat penyakit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 8 kes kematian COVID-19 sedang S'pura lapor 2,268 kes baru

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 29 Sep 2021 11:39PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 11:40PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan rekod 2,268 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Rabu (29 Sep) dan lagi lapan kematian disebakan komplikasi akibat penyakit itu.

Lima lelaki dan tiga wanita yang meninggal dunia itu kesemuanya rakyat Singapura berusia antara 72 dengan 90 tahun.

Enam daripada mereka belum divaksin. Seorang pula sudah menerima satu suntikan manakala seorang lagi sudah lengkap divaksin. Kesemua mereka menghidap pelbagai masalah perubataan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Terdapat 38 kematian pada bulan September sahaja iaitu rekod bulanan yang baru. Jumlah kematian di Singapura kini adalah 93.

Daripada kes-kes baru yang dilaporkan pada Rabu, 2,258 adalah kes jangkitan tempatan yang terdiri daripada 1,810 kes dalam masyarakat dan 448 kes di dormitori pekerja hijrahan.

Terdapat juga 10 kes import, menurut MOH dalam kemas kini yang dikeluarkan pada sekitar pukul 10.55 malam.

Setakat Rabu, Singapura melaporkan 94,043 kes COVID-19 sejak pandemik melanda negara ini.

34 DALAM KEADAAN TENAT

Terdapat 1,335 pesakit yang dirawat di hospital dengan sebahagian besar mereka dalam keadaan pulih dan di bawah pemantauan, menurut MOH.

Dalam kalangan pesakit itu, 197 adalah kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan lagi 34 dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Mereka yang sakit amat teruk adalah 192 warga emas berusia lebih 60 tahun.

Sepanjang 28 hari yang lalu, 98.1 peratus kes tempatan tidak menunjukkan gejala atau mengalami gejala ringan.

Dalam tempoh yang sama, 419 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 52 dirawat di ICU.

Daripada kes-kes itu, 50.3 peratus sudah divaksin sepenuhnya dan 49.7 peratus belum divaksin atau belum lengkap divaksin, menurut MOH.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan