Skip to main content

Iklan

Iklan

Lagi 6 kematian COVID-19 di S'pura; kes baru masih lebih 3,000 buat 4 hari berturut

Kes baru COVID-19 di Singapura masih menjangkaui paras 3,000 buat empat hari berturut-turut pada Jumaat (8 Okt), dengan enam lagi kematian disebabkan komplikasi virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 6 kematian COVID-19 di S'pura; kes baru masih lebih 3,000 buat 4 hari berturut

Gambar: Gaya Chandramohan

Diterbitkan : 08 Oct 2021 11:43PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 11:44PM

SINGAPURA: Kes baru COVID-19 di Singapura masih menjangkaui paras 3,000 buat empat hari berturut-turut pada Jumaat (8 Okt), dengan enam lagi kematian disebabkan komplikasi virus tersebut.

Penduduk yang meninggal dunia berusia antara 67 dengan 93 tahun melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita . Dua daripada mereka tidak divaksin, tiga pula hanya mendapat satu suntikan vaksin dan seorang lagi lengkap divaksin.

Lima daripada mereka mempunyai pelbagai masalah perubatan manakala seorang pesakit yang hanya menerima satu dos vaksin tidak mempunyai sebarang keadaan perubatan yang diketahui.

Ini membawa jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia di Singapura disebabkan koronavirus kepada 142.

Sebanyak 3,590 kes baru dilaporkan setakat tengah hari Jumaat, lebih tinggi berbanding 3,483 kes pada Khamis.

Dalam kalangan kes baru itu, 3,590 adalah kes jangkitan tempatan termasuk 2,825 kes dalam masyarakat dan 765 di dormitori pekerja hijrahan.

Tiada kes import dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya yang dikeluarkan kepada media pada sekitar 11.10 malam.

Setakat Jumaat, Singapura melaporkan 120,454 kes COVID-19 secara keseluruhannya sejak pandemik melanda.

KES DI HOSPITAL

Sebanyak 1,564 pesakit dimasukkan ke hospital dengan sebahagian besar berada dalam keadaan baik dan dipantau, menurut MOH.

Terdapat 307 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan 41 di unit jagaan rapi (ICU). Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 291 berusia lebih 60 tahun.

Sepanjang 28 hari yang lalu, terdapat 659 kes yang memerlukan bantuan oksigen dan 66 dirawat di ICU. Dalam kalangan mereka, 49.7 peratus sudah lengkap divaksin dan 50.3 peratus belum divaksin atau sudah mendapatkan satu dos suntikan vaksin.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan