Skip to main content

Iklan

Iklan

Lagi 313 pesakit dibenar pulang; kanak-kanak lelaki 1 tahun dari India antara 4 kes import COVID-19 di Singapura

Singapura melaporkan 83 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (14 Ogos), termasuk empat kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 313 pesakit dibenar pulang; kanak-kanak lelaki 1 tahun dari India antara 4 kes import COVID-19 di Singapura

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 11:07PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 11:11PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 83 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (14 Ogos), termasuk empat kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini menjadikan jumlah kes terkumpul di negara ini kepada 55,580, dengan jumlah kematian kekal sebanyak 27 orang.

Buat pertama kalinya sejak 1 Jun, tiada kes dalam masyarakat dilaporkan hari ini.

Seorang kanak-kanak lelaki satu tahun adalah antara empat kes import dilaporkan pada Jumaat. Dia adalah pemegang pas tanggungan dan tiba dari India pada 30 Jul.

Tiga lagi kes import juga dari India - seorang adalah pemegang pas tanggungan dan dua lagi adalah pemegang pas kerja yang kini bekerja di Singapura.

Mereka sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan khusus sebaik sahaja tiba di Singapura. Kesemuanya tidak mengalami gejala apabila diuji semasa tempoh SHN mereka.

Baki 79 kes adalah individu yang tinggal di dormitori pekerja asing.

Ujian terhadap pekerja di dormitori sudah selesai, manakala sekitar 21,300 pekerja masih menjalani tempoh kuarantin mereka.

Pada Jumaat, MOH juga melaporkan enam lagi dormitori dengan kelompok COVID-19 sudah diisytihar bebas virus itu dan ditutup.

Dormitori tersebut adalah: Acacia Lodge di 530-540 Bukit Batok Street 23, Westlite Toh Guan di 18 Toh Guan Road East, North Coast Lodge di 51 North Coast Avenue, 16 Fan Yoong Road, 11 Tech Park Crescent dan 17 Soon Lee Road. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan