Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 3 tempat ditambah kepada senarai dikunjungi pesakit semasa berjangkit

Tiga lagi tempat ditambah ke dalam senarai lokasi yang dikunjungi oleh kes-kes semasa tempoh berjangkit,menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 3 tempat ditambah kepada senarai dikunjungi pesakit semasa berjangkit

(Gambar: Facebook/Northpoint City)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 11:47PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 11:49PM

SINGAPURA: Tiga lagi tempat ditambah ke dalam senarai lokasi yang dikunjungi oleh kes-kes semasa tempoh berjangkit,menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ia adalah Wisteria Mall di Yishun Ring Road, cawangan Jinjja Chicken di Northpoint City dan Mr Prata di Blok 476 Tampines Street 44.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sesiapa yang berada di lokasi tersebut semasa waktu yang ditetapkan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti sepanjang 14 hari selepas tarikh kunjungan, menurut MOH.

Mereka juga perlu berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor akan bila mereka terdedah kepada virus itu.

MOH juga menyatakan para individu boleh mengakses Perkhidmatan Padanan Lokasi Pemeriksaan Sendiri SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau laman SafeEntry untuk melihat jika mereka berada di lokasi sedemikian ketika waktu yang ditetapkan, berdasarkan rekod SafeEntry mereka.

"Tidak perlu menjauhi tempat-tempat yang disahkan dikunjungi oleh kes-kes COVID-19. Agensi Sekitaran Kebangsaan akan menghubungi pihak pengurusan premis yang terjejas untuk menyediakan bimbingan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman," menurut MOH.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan