Skip to main content

Iklan

Iklan

Lagi 3 kematian COVID-19 sedang S'pura catat 1,650 kes baru

Singapura melaporkan 1,650 kes baru COVID-19 setakat Jumaat (24 Sep), mencatat jumlah paling tinggi untuk empat hari berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 3 kematian COVID-19 sedang S'pura catat 1,650 kes baru

Gambar: Gaya Chandramohan

Diterbitkan : 24 Sep 2021 11:44PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 11:48PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 1,650 kes baru COVID-19 setakat Jumaat (24 Sep), mencatat jumlah paling tinggi untuk empat hari berturut-turut.

Semua 1,646 kes jangkitan tempatan itu terdiri daripada 1,369 kes dalam masyarakat dan 277 penghuni dormitori.

Terdapat juga empat kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini sekitar pukul 10.40 malam.

MOH juga mengumumkan tiga kematian, membawa jumlah kematian nasional secara keseluruhan kepada 73.

Terdapat 18 kematian yang dilaporkan pada bulan September sejauh ini, menyamai rekod yang dicatat pada Ogos lalu.

Kematian pertama adalah Kes 72389, seorang rakyat Singapura berusia 79 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

Beliau diuji positif COVID-19 pada 8 September.

Lelaki itu belum divaksin dan mempunyai sejarah darah tinggi pulmonari, penyakit pulmonari kronik obstruktif, penyakit Graves, darah tinggi dan hiperlipidaemia.

Kematian kedua adalah Kes 76190, seorang rakyat Singapura berusia 83 tahun. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan jangkitan COVID-19 juga pada Jumaat.

Beliau diuji positif COVID-19 pada 14 September.

Beliau divaksin terhadap COVID-19 dan mempunyai sejarah kencing manis, penyakit paru-paru restriktif, darah tinggi dan hiperlipidaemia. di samping usianya yang sudah lanjut, membuat beliau lebih mudah menghidap sakit teruk, menurut MOH.

Kematian ketiga, Kes 77456, meninggal dunia disebabkan komplikasi dek jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

Rakyat Singapura 86 tahun itu diuji positif COVID-19 pada 16 September.

"Beliau sudahpun divaksin terhadap COVID-19 dan mempunyai sejarah penyakit pulomonari kronik obstruktif, penyakit jantung iskemia, bronkiektasis dan darah tinggi selain usianya yang lanjut, sekali gus membuatnya lebih mudah menghidap sakit teruk," menurut MOH.

Kes-kes baru termasuk 391 warga emas berusia lebih 60 tahun.

Setakat Jumaat, Singapura melaporkan 84,506 kes COVID-19 secara keseluruhannya.

KES SAKIT TERUK

Terdapat 1,092 pesakit yang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan mereka sedang beransur pulij dan dipantau, dedah MOH.

Sejumlah 162 kes sakit teruk memerlukan bantuan pernafasan dan 23 dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang sakit teruk adalah 151 warga emas berusia lebih 60 tahun.

Sepanjang 28 hari yang lalu, 98 peratus kes tempatan tidak menunjukkan gejala atau mengalami gejala ringan.

Terdapat 297 kes yang memerlukan bantuan penrafasan dan 32 sedang dirawat di ICU. Dalam kalangan mereka, 52.6 peratus lengkap divaksin dan 47.4 peratus sudah menerima satu suntikan vaksin atau belum divaksin.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan