Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 2 pesakit COVID-19 di S'pura dibenar pulang; 1 kes jangkitan baru

Satu kes jangkitan baru virus korona COVID-19 dilaporkan hari ini (24 Feb) menjadikan jumlah keseluruhannya di negara ini sebanyak 90 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 2 pesakit COVID-19 di S'pura dibenar pulang; 1 kes jangkitan baru

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 09:07PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 09:13PM

SINGAPURA: Satu kes jangkitan baru virus korona COVID-19 dilaporkan hari ini (24 Feb) menjadikan jumlah keseluruhannya di negara ini sebanyak 90 orang.

Pesakit terbaru itu ialah seorang wanita tempatan berusia 75 tahun yang tidak ke China baru-baru ini.

Beliau adalah kes ke-7 yang dikaitkan dengan kelompok gereja The Life Church and Missions Singapore.

Wanita itu kini dirawat di Hospital Tan Tock Seng.

Selain daripada satu kes baru itu, dua lagi pesakit COVID-19 di Singapura sudah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Ini menjadikan kesemuanya 53 pesakit sudah sembuh.

Sebahagian besar daripada 37 orang yang masih dirawat di hospital pula dalam keadaan stabil atau semakin baik.

Tujuh orang pesakit dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Jagaan Rapi.

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan