Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 183 pesakit COVID-19 di S'pura dibenarkan pulang; hampir 46,500 pulih sepenuhnya

Lagi 183 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menurut MOH pada Jumaat (31 Jul)

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 183 pesakit COVID-19 di S'pura dibenarkan pulang; hampir 46,500 pulih sepenuhnya

Orang ramai memakai pelitup di S'pura pada 19 Jul 2020 (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 11:47PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 12:26AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 396 kes baru COVID-19 setakat sehingga 12.00 tengah hari Jumaat (31 Jul), dengan tiga jangkitan dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Dengan ini, jumlah terkumpul kes adalah sebanyak 52,205.

Kes-kes dalam masyarakat terdiri daripada seorang pemegang pas kerja, seorang pemegang permit kerja dan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek, menurut kementerian itu dalam kemas kini susulan pada Jumaat malam.

Mereka termasuk seorang lelaki berusia 26 tahun dari India yang merupakan kontak rapat kes sebelumnya, iaitu Kes 48283 dan sudah dikuarantin sebelum ini.

Baki dua kes tiada kaitan dengan kes-kes lalu.

Salah seorang daripada mereka adalah wanita berusia 67 tahun dari China yang diuji di bawah ujian masyarakat yang dipertingkat bagi mereka yang berusia 13 tahun ke atas yang didiagnosis dengan jangkitan pernafasan akut ketika pertama kali berjumpa doktor. Beliau mula mengalami gejala pada 28 Jul.

Satu lagi kes dalam masyarakat tanpa sebarang kaitan adalah seorang lelaki berusia 33 tahun dari India yang dikesan menerusi saringan proaktif yang dijalankan ke atas pekerja khidmat penting di luar dormitori.

Beliau tidak menunjukkan simptom, namun hasil ujian serologinya positif, yang menunjukkan ia mungkin jangkitan lalu, menurut MOH.

Terdapat juga tiga kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura. Ketiga-tiganya datang ke Singapura dari India.

Salah seorang daripada mereka adalah budak perempuan rakyat tempatan berusia 6 tahun yang pulang ke Singapura pada 3 Jul. Dia dikenakan SHN setibanya di sini dan dikenakan kuarantin selepas itu kerana dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes-kes yang disahkan sebelum ini.

Dia diuji positif COVID-19 semasa dikuarantin.

Dua kes import lain adalah seorang penduduk tetap dan seorang pemegang pas tanggungan, kedua-duanya tiba di Singapura pada 19 Jul.

Kedua-duanya juga dikenakan SHN selepas mereka tiba di sini.

Sebahagian besar kes baru hari ini melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing.

ADIDAS, KFC BUGIS JUNCTION DIKUNJUNGI KES COVID-19

Beberapa lokasi baru juga dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Lokasi-lokasi itu termasuk Adidas dan cawangan KFC di Bugis Junction dan kedai Ng Ah Sio Bak Kut Teh di Jalan Rangoon.

Lagi 183 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menurut MOH.

Secara keseluruhannya, 46,491 pesakit sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

Buat masa ini, terdapat 136 kes virus korona yang disahkan masih berada di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih. Tiada kes dirawat di unit jagaan rapi.

Selain itu, 5,551 kes diasingkan dan dirawat di kemudahan jagaan masyarakat. Mereka merupakan kes-kes yang menunjukkan simptom ringan, atau sihat dari segi klinikal namun masih diuji positif COVID-19.

Singapura kini berada dalam Fasa 2 pembukaan semula ekonomi negara ini, dengan kegiatan-kegiatan disambung semula secara bertahap-tahap.

Pada Khamis, MOH mengumumkan bahawa sekatan ke atas jumlah orang yang dibenarkan bagi dua acara keramaian - iaitu perkahwinan dan pengebumian - akan dilonggarkan seterusnya mulai 4 Ogos, tertakluk kepada langkah jarak selamat.

Pihak berkuasa menyatakan pasukan bertindak berbilang kementerian akur akan perlunya "kegiatan dan peristiwa penting kehidupan diteruskan" semasa pandemik COVID-19 dan langkah itu adalah sebahagian daripada "aktiviti yang disambung semula secara berhati-hati dalam Fasa 2".

Sejak awal Fasa 2, sehingga 20 orang dibenarkan menghadiri sesebuah majlis pernikahan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan