Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi 108 tewas kepada COVID-19 di Hubei

Angka korban akibat jangkitan virus korona baru di China melonjak kepada seramai 2,112 pada Khamis (20 Feb) selepas lagi 108 orang meninggal dunia di Hubei, wilayah di mana virus itu mula menular.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 108 tewas kepada COVID-19 di Hubei

Walaupun hujan salji, seorang kakitangan membantu pesakit COVID-19 di luar hospital di Wuhan, wilayah Hubei. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 08:27AM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 08:29AM

BEIJING: Angka korban akibat jangkitan virus korona baru di China melonjak kepada seramai 2,112 pada Khamis (20 Feb) selepas lagi 108 orang meninggal dunia di Hubei, wilayah di mana virus itu mula menular.

Kebanyakan kematian itu berlaku di ibu kota Wuhan di mana munculnya virus tersebut pada Disember 2019, menurut kemas kini harian daripada suruhanjaya kesihatan Hubei.

Lebih 74,500 penduduk dijangkiti virus korona baru itu di China.

Para pegawai kesihatan Hubei berkata sudah terdapat 615 kes baru di Wuhan dan lagi 13 di bahagian lain wilayah Hubei.

Bagaimanapun, suruhanjaya kesihatan Hubei menyatakan ia sudah menurunkan jumlah kes yang dilaporkan sebelum ini di wilayah tersebut sebanyak 279.

Dengan penyesuaian itu, ia bermakna jumlah bersih kes baru pada Khamis (20 Feb) adalah 349, di merata wilayah tersebut.

Jika tidak mengambil kira penyesuaian itu, jumlah kes baru jauh lebih rendah berbanding kemas kini harian yang sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada Rabu (19 Feb), 1,693 kes baru dilaporkan di Hubei.

Namun, tidak jelas bagaimana kesilapan pada laporan itu boleh berlaku.

Sumber : Agensi berita/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan