Skip to main content

Iklan

Iklan

Lagi 10 kematian COVID-19; 2,263 kes baru di S'pura

Singapura melaporkan 2,263 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin (11 Okt) sedang 10 lagi meninggal dunia akibat komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 10 kematian COVID-19; 2,263 kes baru di S'pura

Gambar fail: Marcus Mark Ramos

Diterbitkan : 12 Oct 2021 12:26AM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 12:28AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 2,263 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin (11 Okt) sedang 10 lagi meninggal dunia akibat komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.

Hari ini masuk hari kedua jumlah kes jangkitan merosot ke paras bawah 3,000 kes.

"Disebabkan titik penggalan (cut off time) untuk melaporkan bilangan kes COVID-19 pada satu-satu hari adalah pukul 12.00 tengah hari, sebahagian besar kes hari ini sudah diuji pada hujung minggu lalu di mana ujian swab yang biasanya dijalankan di Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) dan poliklinik adalah lebih rendah," menurut MOH.

Kesemua kes kematian melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita. Mereka berusia antara 73 dengan 93.

Dalam kalangan mereka, empat belum divaksin, tiga belum lengkap divaksin dan lagi tiga sudahpun divaksin sepenuhnya. Kesemua mereka mempunyai pelbagai keadaan perubatan sedia ada.

Dengan itu, angka korban akibat jangkitan koronavirus di Singapura adalah seramai 172 mangsa.

Daripada kes-kes baru, 2,255 adalah jangkitan tempatan yang terdiri daripada 1,949 kes dalam masyarakat dan 306 dalam kalangan penghungi dormitori pekerja hijrahan.

Lapan adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya yang dikeluarkan kepada pihak media pada sekitar 11.40 malam.

Setakat Isnin, Singapura melaporkan 129,229 kes jangkitan COVID-19 secara keseluruhannya sejak pandemik tersebut melanda negara ini.

KES DI HOSPITAL

Terdapat 1,698 pesakit yang sedang dirawat di hospital, dedah MOH. Daripada jumlah tersebut, 308 pesakit memerlukan sokongan oksigen dan 42 dirawat dalam unit jagaan rapi (ICU).

Sepanjang 28 hari yang lalu, daripada 56,755 pesakit yang dijangkiti koronavirus, 1.2 peratus memerlukan bantuan oksigen dan 0.1 peratus dirawat di ICU. Daripada jumlah itu pula, 49.3 peratus sudah lengkap divaksin dan 50.7 peratus belum divaksin atau belum divaksin sepenuhnya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan