Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuwait hadkan jumlah penumpang yang tiba setelah varian COVID-19 dikesan

Kuwait hari ini (24 Jan) mengurangkan jumlah penumpang pesawat yang tiba setiap hari sebanyak 80 peratus kepada 1,000 sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuwait hadkan jumlah penumpang yang tiba setelah varian COVID-19 dikesan

Keluarga Kuwait di lapangan terbang. (Gambar: REUTERS/Stephanie McGehee)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 08:07PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 08:11PM

KUWAIT: Kuwait hari ini (24 Jan) mengurangkan jumlah penumpang pesawat yang tiba setiap hari sebanyak 80 peratus kepada 1,000 sahaja untuk mengawal penularan varian baru koronavirus, menurut satu sumber kepada Reuters.

Akhbar-akhbar Kuwait sebelum ini melaporkan keputusan tersebut, tanpa mendedahkan sumbernya.

Pihak berkuasa penerbangan awam Kuwait pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Negara Teluk itu melaporkan kes pertama varian koronavirus yang lebih mudah berjangkit pada Selasa (19 Jan), yang menurut kementerian kesihatan negara itu dikesan pada dua wanita yang pulang dari Britain.

Jumaat lalu (22 Jan) syarikat Kuwait Airways menyatakan ia akan mengurangkan perkhidmatannya antara 24 Januari dengan 6 Februari menyusuli arahan pihak berkuasa kesihatan dan pengawalan udara negara.

Akhbar Al-Anbaa melaporkan bahawa kementerian kesihatan meminta lapangan terbang ditutup tetapi pihak berkuasa sebaliknya memutuskan untuk mengehadkan jumlah pengunjung ke negara itu. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan