Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuwait, Bahrain umum kes pertama COVID-19

Semakin banyak kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuwait, Bahrain umum kes pertama COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 05:47PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 05:54PM

DUBAI: Semakin banyak kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di Timur Tengah.

Bahrain dan Kuwait hari ini (24 Feb) mengesahkan kes jangkitan pertama di negara masing-masing, menurut kementerian kesihatan kedua-dua negara itu sambil menambah kesemua pesakit tersebut tiba dari Iran.

Kuwait melaporkan tiga kes jangkitan manakala Bahrain melaporkan satu.

Tiga kes di Kuwait itu adalah dalam kalangan 700 orang yang dipindahkan daripada bandar Mashhad di timur laut Iran pada minggu lalu, kata Kementerian Kesihatan Kuwait.

"Ujian yang dijalankan ke atas mereka yang tiba daripada bandar Mashhad menunjukkan terdapat tiga kes jangkitan COVID-19," menurut kementerian itu dalam kenyataan yang dimuat naik ke Twitter.

Ketiga-tiga kes itu adalah seorang lelaki rakyat Kuwait berusia 53 tahun, seorang rakyat Arab Saudi berusia 61 tahun dan seorang lelaki Arab tanpa kewarganegaraan berusia 21 tahun.

"Ketiga-tiga kes itu kini dipantau rapi oleh pihak berkuasa kesihatan," tambah kementerian itu lagi.

Kementerian Kesihatan Bahrain turut melaporkan kes COVID-19 pertama negara itu hari ini (24 Feb) setelah "seorang rakyat yang tiba dari Iran disyaki dijangkiti virus berkenaan berdasarkan simptom yang dihidapi."

Pesakit itu dibawa ke sebuah pusat perubatan bagi "pemeriksaan segera" dan diuji positif bagi jangkitan berkenaan.

Ribuan rakyat Kuwait dan Bahrain memang kerap ke Iran untuk melawat tempat-tempat suci Syiah.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan