Skip to main content

Iklan

Iklan

Kumpulan ini yakin minum kencing lembu untuk cegah COVID-19

Lain padang lain belalang dan banyak orang banyak ragamnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan ini yakin minum kencing lembu untuk cegah COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Mar 2020 10:59PM Dikemas Kini : 16 Mar 2020 02:58AM

NEW DELHI: Lain padang lain belalang dan banyak orang banyak ragamnya. Di India sebuah kumpulan menganjurkan acara minum air kencing lembu kerana percaya mampu menghalang virus korona, selain yakin lembu ialah binatang suci serta air kencingnya mempunyai kelebihan dalam perubatan.

Pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti mampu mencegah COVID-19.

Acara yang dianjurkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu Seluruh India), dihadiri seramai 200 orang, malah pihak penganjur turut berharap majlis sama diadakan di tempat lain di India juga.

“Kami sudah minum air kencing lembu selama 21 tahun. Kami juga mandi dengan najis lembu. Kami tidak perlu makan ubat dari Barat,” kata Encik Om Prakash, yang hadir acara berkenaan.

Ketua Kesatuan Hindu India, Chakrapani Maharaj turut mempamerkan gambar dengan sudu yang dipenuhi air kencing lembu dengan karikatur COVID-19.

Para pemimpin dari parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi turut menyokong penggunaan air kencing lembu sebagai ubat dan merawat barah.

Selain itu, seorang pemimpin dari bahagian timur India, Assam turut memberitahu penggubal undang-undang negeri di satu sesi perhimpunan bulanan bahawa kencing dan tahi lembu dapat digunakan untuk merawat COVID-19.

Hakikatnya di semua benua dan rantau termasuk di Asia Tenggara, ada keganjilan dan budaya unik masing-masing dalam usaha membentengi diri daripada penyakit dan untuk kesembuhan.

COVID-19 sudah menjangkiti lebih daripada 138,000 orang dan meragut lebih 5,000 nyawa di seluruh dunia. Virus itu masih tidak mempunyai penawarnya dan pemerintah di seluruh dunia sedang berusaha untuk mengawal penularan pandemik tersebut.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan