Skip to main content

Iklan

Iklan

Koronavirus mungkin terus bermutasi, kata saintis

Manusia kini sedang "berperang" dengan koronavirus Sars-CoV-2, dan keupayaannya untuk melakukan penyesuaian dan berkembang masih belum diketahui dan tidak harus dipandang remeh, menurut para saintis sebagai memberi amaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Koronavirus mungkin terus bermutasi, kata saintis

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 08:22AM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 08:26AM

LONDON: Manusia kini sedang "berperang" dengan koronavirus Sars-CoV-2, dan keupayaannya untuk melakukan penyesuaian dan berkembang masih belum diketahui dan tidak harus dipandang remeh, menurut para saintis sebagai memberi amaran.

"Saya fikir ia memerlukan orang yang berani untuk berkata virus itu semakin menghampiri penghujungnya dan tidak boleh berkembang lanjut," kata seorang ahli virologi di Kolej Universiti London, Profesor Deenan Pillay kepada The Independent.

"Kami masih berada di peringkat awal jangka hayat virus ini sebagai patogen manusia. Ia lazimnya mengambil masa beberapa tahun untuk virus, sebaik sahaja ia melepasi hambatan spesies untuk benar-benar mengoptimumkan dirinya agar dapat meniru dengan baik dalam diri manusia."

Profesor Pillay memberi amaran itu di tengah-tengah keprihatinan bahawa jenis baru Sars-CoV-2, diketahui sebagai jenis virus dari India - yang menyebabkan lonjakan dalam jumlah kes COVID-19 - mungkin menjadi jenis virus utama di dunia dalam masa beberapa minggu mendatang.

Jenis virus dari India itu diketahui membawa dua jenis mutasi yang boleh mengurangkan keberkesanan sejumlah vaksin COVID-19.

Walaupun ia belum lagi berlaku, sifat dan kadar virus itu berkembang sejauh ini, termasuk dalam bentuk jenis virus dari Afrika Selatan dan Britain, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga saintifik bahawa kesan positif vaksin mungkin akan tidak lagi berkesan di masa depan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan