Koronavirus

Images
  • korea covid
    Orang ramai duduk di sebuah taman di Seoul, Korea Selatan. (Gambar: REUTERS)

Korea Selatan tubuh panel bahas strategi 'hidup bersama COVID-19'

SEOUL: Korea Selatan menubuhkan sebuah panel untuk membahaskan strategi tentang bagaimana untuk hidup bersama dengan COVID-19 dalam jangka panjang.
Tahap vaksinasi yang meningkat mendorong rancangan untuk membuka semula negara itu dan menarik balik sekatan secara bertahap-tahap.

Juga dipertimbangkan, pas vaksin bagi mereka yang sudah divaksin sepenuhnya untuk menggunakan kemudahan masyarakat.

Skim "hidup dengan COVID-19" dijangka bermula bulan depan.

Namun Korea Selatan perlu memenuhi sasaran vaksinasi bagi 70 peratus penduduknya dahulu.

COVID-19 akan dianggap sebagai penyakit pernafasan berjangkit lain seperti demam selesema musiman dan pesakit tanpa gejala di bawah usia 70 tahun digesa menjalani pemulihan di rumah.

Para pegawai Korea Selatan dijangka mengumumkan butiran penuh rancangan pembukaan semula itu, Jumaat ini.

- REUTERS/EM/sm

Top