Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan sahkan lagi 31 kes baru COVID-19

Korea Selatan mengesahkan 31 kes baru jangkitan virus korona COVID-19 pada Khamis (20 Feb), sekali gus meningkatkan jumlah orang yang dijangkiti virus itu kepada seramai 82 orang di negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan sahkan lagi 31 kes baru COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 01:56PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 02:04PM

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan 31 kes baru jangkitan virus korona COVID-19 pada Khamis (20 Feb), sekali gus meningkatkan jumlah orang yang dijangkiti virus itu kepada seramai 82 orang di negara tersebut. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam kalangan kes baru itu, 23 daripadanya mempunyai kaitan dengan perhimpunan sebuah gereja di bandar Daegu, yang dihadiri seorang pesakit wanita berusia 61 tahun yang diuji positif jangkitan COVID-19, menurut agensi berkenaan.

Pada Rabu (19 Feb), Gereja Shincheonji memuat naik satu kenyataan ke laman webnya bagi mengesahkan 10 anggota gereja itu dijangkiti virus itu daripada seorang wanita yang turut menghadiri perhimpunan tersebut.

Kemas kini terbaru itu dikeluarkan sehari selepas jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Korea Selatan meningkat dengan mendadak setelah 20 kes baru disahkan pada Rabu (19 Feb).

Dalam kalangan kes baru itu, 18 daripadanya dilaporkan di Daegu dan di wilayah berdekatan Gyeongsang Utara, dengan 15 daripada mereka dipercayai ada berhubung rapat dengan wanita berusia 61 tahun itu.

Beberapa orang pesakit turut mengunjungi gereja yang sama sementara salah seorang daripada mereka bersentuhan dengan wanita tersebut di hospital. 

Sumber : Agensi berita/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan