Koronavirus

Images
  • South Korea covid
    Gambar fail. (Gambar: Reuters/Kim Hong-Ji)

Korea Selatan mula beri suntikan vaksin COVID-19 Pfizer pada 27 Feb

SEOUL: Korea Selatan akan mula memberikan 117,000 dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer pada 27 Februari, sehari selepas negara itu memulakan vaksinasi pertama menggunakan produk AstraZeneva.

Demikian diumumkan oleh perdana menteri negara itu hari ini (21 Feb).

Program vaksinasi itu mahu memberikan suntikan vaksin kepada sekitar 10 juta orang berisiko tinggi, termasuk petugas dan kakitangan khidmat jagaan kesihatan serta sebahagian penduduk di kemudahan-kemudahan jagaan bantuan dan rumah jagaan, menjelang Julai.

Vaksin AstraZeneca dijadual diberikan pada Jumaat (26 Feb), dengan suntikan Pfizer dibuat keesokan harinya, menurut Perdana Menteri Chung Sye-kyun seperti yang dipetik agensi berita Yonhap.

"Pada 26 Februari, 117,000 dos vaksin Pfizer akan tiba di negara itu dan vaksin tersebut akan diberikan kepada kakitangan perubatan yang merawat pesakit COVID-19 bermula 27 Februari," kata Encik Chung dalam satu menyuarat, menurut laporan Yonhap.

Pihak berkuasa menyatakan mereka tidak akan menggunakan vaksin AstraZeneca bagi penduduk berusia 65 tahun dan ke atas sehingga terdapat lebih banyak data keberkesanannya, sekali gus menarik balik keputusan yang dibuat sebelum itu.

Selain AstraZeneca dan Pfizer, Korea Selatan juga mencapai persetujuan dengan Moderna, Novovax Johnson & Johnson dan skim perkongsian vaksin global COVAX, bagi bekalan vaksinnya.

- Reuters/NK/nk

Top