Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan luluskan vaksin COVID-19 Moderna

Moderna merupakan vaksin keempat COVID-19 diluluskan Korea Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan luluskan vaksin COVID-19 Moderna

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 May 2021 06:09PM Dikemas Kini : 21 May 2021 06:12PM

SEOUL: Korea Selatan pada Jumaat (21 Mei) meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Moderna, sedang negara itu berusaha mempercepatkanprogram vaksinasinya, kata menteri keselamatan ubat-ubatan Kim Gang-Lip di dalam satu sidang media.

Lampu hijau itu diumumkan selepas dua daripada tiga anggota panel pakar mencadangkan vaksin dua dos itu diluluskan berdasarkan keselamatan dan keberkesanannya dalam percubaan peringkat akhir di Amerika Syarikat.

Moderna merupakan vaksin keempat COVID-19 diluluskan Korea Selatan, selepas vaksin dihasilkan AstraZeneca Plc serta Pfizer Inc dan Johnson & Johnson, jelas Encik Kim.

Moderna memeterai perjanjian dengan Korea Selatan untuk membekalkan 40 juta dos vaksinnya, walaupun jadual masa penghantarannya belum diumumkan.

Pembuat ubat Korea Selatan GC Pharma bertanggungjawab mengimport dan mengedarkan vaksin Moderna di negara tersebut. Ada juga laporan media mengenai rancangan syarikat Samsung BioLogics untuk menghasilkan dos vaksin itu di dalam negeri.

Seoul sudah memesan sehingga 192 juta dos vaksin COVID-19, termasuk yang dihasilkan oleh AstraZeneca, Pfizer, Novavax dan Johnson & Johnson.

Kempen vaksinasi Korea Selatan terjejas dengan kekurangan di peringkat global serta kelengahan penghantaran bekalan vaksin. Sejauh ini, sekitar tujuh peratus daripada penduduknya yang berjumlah 52 juta orang sudah menerima suntikan vaksin. Seoul berharap dapat memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 13 juta penduduknya menjelang Jun dan mencapai perlindungan kelompok atau "herd immunity" sebelum November.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea melaporkan 561 kes baru COVID-19 pada Khamis (20 Mei), menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 134,678 dan 1,922 kes kematian.  

Sumber : Reuters/IA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan