Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan lulus ujian klinikal kit COVID-19

Badan pengawas keselamatan ubat Korea Selatan pada Selasa (8 Sep) berkata pihaknya sudah meluluskan percubaan kit klinikal multi diagnostik yang berupaya mengesan COVID-19 dan influenza secara serentak, lapor agensi berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lulus ujian klinikal kit COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Sep 2020 05:04PM Dikemas Kini : 08 Sep 2020 05:08PM

SEOUL: Badan pengawas keselamatan ubat Korea Selatan pada Selasa (8 Sep) berkata pihaknya sudah meluluskan percubaan kit klinikal multi diagnostik yang berupaya mengesan COVID-19 dan influenza secara serentak, lapor agensi berita Yonhap.

Memandangkan musim luruh semakin hampir, pihak berkuasa kesihatan sedang bersiap sedia untuk mengekang jangkitan COVID-19 dan selesema, kerana tidak mudah untuk membezakan kedua-dua kes.

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan berkata pihaknya sudah memberi lampu hijau untuk kit itu.

Nama kit dan pengeluarnya belum diumumkan. 

Dua lagi produk lain yang lebih kurang sama sedang menunggu kelulusan kementerian untuk ujian klinikal.

Apabila penggunaan kit ujian itu diluluskan kelak, ia diharap dapat memendekkan lagi masa untuk mengetahui keputusan hasil ujian.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan