Skip to main content

Iklan

Iklan

Korea Selatan lapor kenaikan jumlah harian tertinggi sebanyak 1,275 kes COVID-19

Korea Selatan pada Khamis (8 Jul) melaporkan jumlah kes baru COVID-19 tertinggi dalam tempoh sehari sedang para pegawai menimbangkan untuk memperketatkan sekatan jarak sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor kenaikan jumlah harian tertinggi sebanyak 1,275 kes COVID-19

Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di sebuah tapak ujian yang dibina sementara di stesen kereta api di Seoul, Korea Selatan, pada 7 Jul 2021. (Gambar: Heo Ran/REUTERS)

Diterbitkan : 08 Jul 2021 11:17AM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 11:18AM

SEOUL: Korea Selatan pada Khamis (8 Jul) melaporkan jumlah kes baru COVID-19 tertinggi dalam tempoh sehari sedang para pegawai menimbangkan untuk memperketatkan sekatan jarak sosial.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 1,275 kes dalam tempoh 24 jam hingga tengah malam Rabu. Jumlah tersebut menjangkaui bilangan kes harian yang dilaporkan semasa kemuncak gelombang ketiga COVID-19 di negara itu pada Disember tahun lalu.

Pemerintah memberi amaran pada Rabu ia sedang menimbangkan untuk mengetatkan sekatan pergerakan ke tahap tertinggi sedang gelombang keempat koronavirus merebak dengan pantas, terutamanya dalam kalangan penduduk berusia 20-an dan 30-an tahun yang belum divaksin. Kemunculan varian Delta turut membimbangkan para pegawai kesihatan.

Hanya 10 peratus daripada 52 juta penduduk negara itu divaksin sepenuhnya, manakala 30 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin, kebanyakan mereka berusia 60 tahun ke atas.

Jumlah kes COVID-19 di Korea Selatan adalah 164,028, dengan 2,034 kematian. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan