Skip to main content

Iklan

Iklan

Korea Selatan lapor 950 kes baru COVID-19; jumlah kes harian cecah paras rekod

Korea Selatan melaporkan 950 kes baru COVID-19 setakat sehingga tengah malam Jumaat (11 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor 950 kes baru COVID-19; jumlah kes harian cecah paras rekod

Sekumpulan wanita bergambar pada musim luruh di tengah pandemik COVID-19 di Seoul, Korea Selatan. (Gambar fail: Kim Hong-Ji/Reuters)

Diterbitkan : 12 Dec 2020 11:16AM Dikemas Kini : 12 Dec 2020 11:18AM

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 950 kes baru COVID-19 setakat sehingga tengah malam Jumaat (11 Dis).

Perangkaan itu juga merupakan jumlah kes harian yang tertinggi sejak kes pertama disahkan di negara itu pada Januari, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini.

Daripada kes-kes baru itu, 928 daripadanya adalah jangkitan tempatan dan lagi 22 adalah kes import yang membawa jumlah terkumpul kepada sebanyak 41,736 jangkitan dengan 578 kematian dilaporkan sejauh ini.

Lebih 70 peratus kes jangkitan tempatan adalah dari Seoul dan kawasan-kawasan di sekeliling ibu kota negara itu.

Walaupun peraturan jarak selamat yang lebih ketat sudah dikuatkuasakan sejak Selasa lalu, termasuk sekatan terhadap restoran dan banyak perniagaan lain, Korea Selatan masih dilanda gelombang ketiga wabak tersebut.

Secara purata, Korea Selatan melaporkan sekitar 600 kes jangkitan sejak minggu lalu.

Jumlah jangkitan yang kembali meningkat adalah satu tamparan hebat kepada sistem pandemik Korea Selatan yang sebelum ini berjaya membendung penularan dan melaksanakan ujian dan kuarantin untuk mencegah jangkitan lanjut, dengan kurang 50 kes dikesan setiap hari sepanjang musim panas yang lalu.

Sambil menyifatkan gelombang ketiga itu sebagai satu krisis yang sangat meruncing, Perdana Menteri Chung Sye-kyun berkata beliau akan mengerahkan sekitar 800 askar, pegawai polis dan pegawai awam ke setiap daerah di Seoul untuk membantu mengesan penduduk yang berpotensi dijangkiti virus tersebut. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan