Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan lapor 1,100 kes baru COVID-19; sekatan ketat dilaksana di Seoul

Korea Selatan melaporkan 1,100 kes baru koronavirus pada Ahad (11 Jul), menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Isnin (12 Jul), sedang sekatan anti-COVID-19 paling tegas di negara itu dikuatkuasakan di Seoul bagi membendung penularan yang diramal lebih dahsyat kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor 1,100 kes baru COVID-19; sekatan ketat dilaksana di Seoul

Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di sebuah tapak ujian yang dibina sementara di stesen kereta api di Seoul, Korea Selatan, pada 7 Jul 2021. (Gambar: Heo Ran/REUTERS)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 02:24PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 02:25PM

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 1,100 kes baru koronavirus pada Ahad (11 Jul), menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Isnin (12 Jul), sedang sekatan anti-COVID-19 paling tegas di negara itu dikuatkuasakan di Seoul bagi membendung penularan yang diramal lebih dahsyat kali ini.

Perangkaan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan pada Ahad, menurut data KDCA.

Jumlah kes serius dan kematian juga berkurangan kali ini berbanding gelombang penularan lalu. Lebih ramai warga emas dan golongan mudah terjejas di Korea Selatan juga sudah divaksin.

Dengan penularan terbaru itu, keseluruhan kes COVID-19 di Korea Selatan kini sebanyak 169,146 kes, dengan 2,044 kematian, iaitu lebih rendah berbanding perangkaan yang dicatatkan di kebanyakan negara perindustrian yang lain.

Namun, pihak berkuasa kesihatan di sana meluahkan rasa prihatin terhadap peningkatan pada jumlah pesakit muda yang belum lagi menerima vaksin dan penularan varian Delta yang mudah berjangkit berdasarkan penularan baru-baru ini.

Mulai Isnin, pemerintah Korea Selatan menguatkuasakan peraturan jarak selamat tahap tertinggi di Seoul dan di kawasan-kawasan sekelilingnya buat julung-julung kalinya, termasuk larangan terhadap perhimpunan melebihi dua orang selepas pukul 6.00 petang.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan