Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan laksanakan semula sekatan sosial bagi tangani kelompok kes baru COVID-19

Korea Selatan pada Khamis (28 Mei) mengenakan semula langkah-langkah jarak selamat yang ditarik balik pada awal bulan ini, setelah beberapa kelompok jangkitan yang baru mengancam kejayaan negara itu membendung wabak tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan laksanakan semula sekatan sosial bagi tangani kelompok kes baru COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 May 2020 06:35PM Dikemas Kini : 28 May 2020 06:40PM

SEOUL: Korea Selatan pada Khamis (28 Mei) mengenakan semula langkah-langkah jarak selamat yang ditarik balik pada awal bulan ini, setelah beberapa kelompok jangkitan yang baru mengancam kejayaan negara itu membendung wabak tersebut.

Korea Selatan menjadi contoh global dalam menangani virus itu, namun ia melaporkan lonjakan terbesar jumlah jangkitan baru dalam hampir dua bulan.

Kes baru itu sebilangannya berpusat di kawasan metropolitan Seoul yang didiami hampir separuh bilangan penduduk Korea Selatan - mendorong pemerintah untuk mengukuhkan peraturan jarak selamat yang dilonggarkan pada 6 Mei.

Muzium-muzium, taman dan galeri seni akan ditutup semula mulai Jumaat (29 Mei) selama dua minggu, kata Menteri Kesihatan Park Neung-hoo sementara syarikat-syarikat digesa untuk memperkenalkan semula aturan bekerja secara fleksibel, antara langkah-langkah lain.

"Kami memutuskan untuk mengukuhkan semua langkah kuarantin di kawasan bandar selama dua minggu mulai esok hingga 14 Jun," katanya.

Para penduduk juga dinasihatkan untuk mengelak daripada mengadakan majlis keramaian atau mengunjungi ke tempat-tempat sibuk termasuk restoran dan bar - sementara tempat-tempat keagamaan diminta lebih berwaspada dengan peraturan kuarantin.

Namun, pembukaan semula sekolah secara bertahap-tahap yang sedang dijalankan tidak akan ditangguhkan.

"Dua minggu akan datang ini adalah penting bagi mencegah penularan virus itu dalam kawasan bandar," kata Encik Park sambil menambah:"Kami perlu beralih semula ke langkah jarak selamat jika kita gagal berbuat demikian."

Menurutnya, Pemerintah terpaksa menguatkuasakan semula kempen jarak selamat sepenuhnya jika negara itu mencatat lebih daripada 50 kes jangkitan baru sepanjang sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut.

Pihak berkuasa mengumumkan 79 lagi kes baru pada Khamis (28 Mei), menjadikan jumlah keseluruhan 11,344 - iaitu kenaikan tertinggi sejak 81 kes diumumkan pada 5 April.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan