Virus Korona

Images
  • cdc virus
    Setiap kit ujian boleh digunakan sekitar 700 hingga 800 kali. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Kit ujian rosak virus korona COVID-19 dihantar ke merata AS: Pegawai

WASHINGTON: Sejumlah kit ujian yang dihantar oleh pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat ke makmal-makmal di merata negara itu untuk mendiagnos penyakit virus korona COVID-19 didapati rosak, kata seorang pegawai kanan pada Rabu (12 Feb).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mula menghantar 200 kit ujian ke merata negara itu pada 5 Februari untuk mempercepatkan usaha mendiagnos kes-kes COVID-19 di Amerika Syarikat.

Kini sebanyak 13 kes jangkitan sudah dilaporkan di negara itu.

Makmal-makmal bagaimanapun melaporkan bahawa mereka menyedari kit-kit itu tidak memberikan sebarang keputusan positif mahupun negatif semasa menjalankan prosedur pengesahan, kata pegawai kanan CDC, Nancy Messonnier.

Buat masa ini, ujian terhadap semua spesimen pesakit akan terus dilakukan di ibu pejabat CDC di Atlanta, Georgia.

Amerika Syarikat sedang menghantar kit ujian itu ke 36 negara yang membuat tempahan sebelum ini. Setiap kit ujian boleh digunakan sekitar 700 hingga 800 kali. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

- AFP/AI/ai

Top