Kiriman kedua vaksin Sinopharm tiba di S'pura
Kiriman kedua vaksin Sinopharm yang dibawa masuk Clearbridge Health telah tiba di Singapura.
SINGAPURA: Kiriman kedua vaksin Sinopharm yang dibawa masuk Clearbridge Health telah tiba di Singapura.
Vaksin Sinopharm itu boleh didapatkan di Medic Surgical & Laser Clinic.
Sebahagian kiriman kedua vaksin itu juga akan disalurkan kepada Royal Healthcare Specialists Centre.
Kiriman pertama vaksin COVID-19 dari China itu tiba lewat Ogos lalu dan habis diagihkan menjelang awal September.
Beberapa khidmat jagaan kesihatan juga sedang berusaha membawa masuk vaskin yang sama.
Raffles Medical Group juga sedang mengagihkan kiriman kedua vaksin Sinopharm itu.
Ia juga akan membawa masuk kiriman ketiga vaksin tersebut.
Healthway Medical pula telah mengagihkan kiriman pertama vaksin Sinopharm yang dibawa masuk sebelum ini.
Vaksin Sinopharm adalah vaksin COVID-19 yang keempat ditawarkan di Singapura.
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) meluluskannya di bawah Laluan Akses Khas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.