Skip to main content

Iklan

Iklan

Khairy beri amaran kemasukan kes COVID-19 ke hospital makin meningkat

Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy beri amaran kemasukan kes COVID-19 ke hospital makin meningkat

Gambar: AFP

Diterbitkan : 22 Nov 2021 11:05AM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 11:10AM

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu Astro AWANI bahawa kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.

"Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini (22 Nov).

Berdasarkan data dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 541.

Kes di ICU membabitkan 274 pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dan lagi 267 pula memerlukan mesin ventilator.

Astro Awani turut melaporkan, kadar penggunaan katil hospital paling tinggi adalah di Terengganu dengan sebanyak 85.9 peratus, diikuti Kelantan 83.3 peratus, Melaka 81.2 peratus, Kedah 74.9 peratus, Labuan 74.5 peratus dan Johor 73.8 peratus.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan