Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua WHO usul paten vaksin COVID-19 diketepikan bagi tingkatkan bekalan

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (5 Mac) memohon supaya hak paten diketepikan sehingga pandemik koronavirus berakhir supaya bekalan vaksin dapat dipertingkatkan dengan ketara, sambil berkata "masa-masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini" mewajarkan langkah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua WHO usul paten vaksin COVID-19 diketepikan bagi tingkatkan bekalan

Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland. (Gambar: Denis Balibouse/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 09:42AM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 09:43AM

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (5 Mac) memohon supaya hak paten diketepikan sehingga pandemik koronavirus berakhir supaya bekalan vaksin dapat dipertingkatkan dengan ketara, sambil berkata "masa-masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini" mewajarkan langkah itu.

Di satu sidang media, ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata negara-negara dengan kapasiti vaksin sendiri seharusnya "mula mengetepikan hak intelek" seperti yang ditetapkan dalam peruntukan kecemasan khas oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

"Peruntukan itu adalah bagi kegunaan darurat," kata Encik Tedros. "Jika sekarang bukan masa untuk menggunakannya, maka bila lagi?" Beliau berkata WHO tidak lama lagi akan mengadakan pertemuan dengan para wakil industri untuk mengenal pasti hambatan pada hasil pengeluaran dan membincangkan bagaimana untuk mengatasinya.

Associated Press menemui beberapa kilang dari tiga benua yang pemiliknya mengatakan bahawa mereka boleh mula menghasilkan beratus-ratus juta vaksin COVID-19 dalam tempoh yang singkat jika mereka mempunyai rangka tindakan dan pengetahuan teknikal.

Namun, pengetahuan itu dimiliki oleh gergasi-gergasi farmaseutikal yang menghasilkan tiga vaksin pertama yang diluluskan oleh negara-negara termasuk Britain, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat - Pfizer, Moderna dan AstraZeneca.

Kesemua kilang itu sedang menantikan respons seterusnya.

Encik Tedros memuji AstraZeneca kerana mengongsi teknologi vaksin COVID-19 bersama dengan syarikat-syarikat lain termasuk Institut Serum India, namun berkata "kelemahan utama pada pendekatan ini adalah kekurangan ketelusan".

Syarikat-syarikat farmaseutikal yang menggunakan wang pembayar cukai dari Amerika Syarikat atau Eropah untuk menghasilkan vaksin dalam masa yang singkat menyatakan bahawa mereka sedang merundingkan kontrak dan persetujuan pelesenan eksklusif bersama para pengeluar berdasarkan kes kerana mereka perlu melindungi hak intelek dan menjaga tahap keberkesanan vaksin masing-masing.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan