Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua PBB kecam negara maju 'bolot bekalan' vaksin COVID-19

Ketua PBB kecam negara maju 'bolot bekalan' vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua PBB kecam negara maju 'bolot bekalan' vaksin COVID-19

Kotak mengandungi vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19. (GAmbar: AP/Morry Gash)

Diterbitkan : 29 Mar 2021 03:00PM Dikemas Kini : 29 Mar 2021 03:01PM

MONTREAL: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengkritik negara-negara maju kerana "membolot bekalan" vaksin COVID-19 dan menggesa agar ia dikongsi dengan negara-negara lain di dunia untuk membantu menamatkan pandemik ini.

"Saya sangat prihatin terhadap pengagihan sangat tidak adil vaksin-vaksin di dunia," kata Encik Guterres dalam satu wawancara yang disiarkan stesen CBC Kanada pada Ahad (28 Mac).

"Ini adalah kepentingan semua orang untuk memastikan secepat mungkin dan seadil mungkin, setiap orang mendapat vaksin di semua negara dan bahawa vaksin adalah sebetul-betulnya barangan awam global," kata beliau.

Ketua PBB itu mengkritik negara-negara kaya yang "mementingkan diri sendiri" kerana membolot bekalan vaksin melebihi jumlah yang diperlukan penduduk mereka.

"Pertama sekali, jangan membolot bekalan vaksin," tegas beliau, sambil menambah "ia tidak masuk akal".

"Kami sudah merayu kepada negara-negara maju supaya berkongsi sebahagian vaksin yang sudah mereka beli dan dalam banyak keadaan, mereka membeli lebih daripada apa yang diperlukan."

Encik Guterres meluahkan bahawa sistem antarabangsa vaksin, COVAX untuk negara-negara kurang mampu sedang berdepan "kesukaran" kerana "terdapat banyak insiden membolot bekalan".

Beliau berkata usaha untuk menamatkan pandemik "sangat bergantung kepada kemungkinan mendapatkan vaksinasi secepat mungkin bagi penduduk di merata dunia", dan beliau merayu untuk satu mekanisme yang digerakkan oleh G20 bagi menetapkan pelan vaksinasi global.

Ditanya tentang kemungkinan menggunakan pasport vaksinasi, Encik Guterres bersikap berhati-hati, sambil berkata sebelum sebarang keputusan dibuat, mesti ada perbincangan serius untuk memastikan keadilan dan untuk memastikan terdapat kerjasama global yang berkesan.

"Yang paling teruk adalah jika sesetengah negara ada (pasport) manakala sesetengah negara lain tiada (pasport). Menyedihkan jika ini bermakna penduduk boleh melakukan perjalanan hanya di ke negara-negara maju dan bukan negara-negara membangun," ujar beliau. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan