Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes harian COVID-19 Korea Selatan cecah 3,000 buat pertama kali

Kes harian COVID-19 di Korea Selatan mencecah 3,000 buat pertama kali hari ini (25 Sep) sedang penularan yang berpunca daripada cuti tiga hari pada minggu ini terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes harian COVID-19 Korea Selatan cecah 3,000 buat pertama kali

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 03:34PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 03:37PM

SEOUL: Kes harian COVID-19 di Korea Selatan mencecah 3,000 buat pertama kali hari ini (25 Sep) sedang penularan yang berpunca daripada cuti tiga hari pada minggu ini terus meningkat.

Negara itu melaporkan 3,273 kes COVID-19 pada Jumaat (24 Sep), sehari selepas mencatatkan jumlah rekod kes harian.

Demikian menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini.

Dalam kalangan kes baru itu, 3,245 kes adalah jangkitan tempatan dan 28 merupakan kes import, menjadikan keseluruhan kes COVID-19 di Korea Selatan sebanyak 298,402 dengan 2,441 kematian.

Lebih 77 peratus daripada jangkitan tempatan itu berasal dari Seoul dan kawasan berhampiran ibu negeri itu, di mana separuh daripada 52 juta penduduk Korea Selatan tinggal.

Kadar korban dan kes-kes serius kekal rendah dan stabil, masing-masing pada 0.82 peratus dan 339, dibantu oleh vaksinasi yang mengutamakan warga emas yang berisiko tinggi mengalami jangkitan teruk COVID-19, menurut KDCA.

Jumlah ujian koronavirus yang dijalankan melonjak lebih 50 peratus kepada 227,874 berbanding minggu sebelumnya, menurut KDCA.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai yang pulang daripada bercuti selama tiga hari itu supaya menjalani ujian COVID-19 meskipun jika mereka mengalami simptom paling ringan COVID-19, terutama sekali sebelum pulang ke tempat kerja.

Jumlah kes harian mungkin terus meningkat dan memuncak menjelang minggu depan sedang lebih ramai orang menjalani ujian setelah pulang daripada bercuti, kata timbalan Menteri Dasar Jagaan Kesihatan Lee Ki-il dalam satu persidangan pada Jumaat.

Sebanyak 73.5 peratus daripada 52 juta penduduk Korea Selatan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat Khamis dan hampir 45 peratus penduduk sudah lengkap divaksin.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan