Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes harian baru COVID-19 di M'sia naik semula lebih 13,000

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (22 Jul) kembali meningkat kepada 13,034 kes berbanding 11,985 kes yang dicatatkan pada Rabu (21 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes harian baru COVID-19 di M'sia naik semula lebih 13,000

Orang ramai di Malaysia kelihatan memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 07:04PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 07:05PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (22 Jul) kembali meningkat kepada 13,034 kes berbanding 11,985 kes yang dicatatkan pada Rabu (21 Jul).

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 6,049 kes. 

Dalam catatan Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 964,918.

Kuala Lumpur pula mencatatkan 1,611 kes, Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497) dan Terengganu sebanyak 391 kes.

Pulau Pinang melaporkan 371 kes, Melaka (353), Pahang (261), Kelantan (240), Perak (284), Putrajaya (100), Labuan (24) dan Perlis (enam). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan