Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 Sydney terkawal meskipun dengan penularan di Melbourne, kata PM Australia

Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata pada Jumaat (31 Jul) bahawa beliau yakin lonjakan semula kes COVID-19 di bandar terbesar negara itu Sydney terkawal. Namun, beliau mengakui jumlah kes yang melonjak lebih tinggi di Melbourne, terus menimbulkan cabaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 Sydney terkawal meskipun dengan penularan di Melbourne, kata PM Australia

Pengunjung memakai pelitup muka ketika berjalan di dermaga St Kilda, Melbourne, setelah ia menjadi bandar pertama di Australia untuk menguatkuasakan penggunaan pelitup. (Gambar: Sandra Sanders/REUTERS)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 10:29AM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 10:31AM

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata pada Jumaat (31 Jul) bahawa beliau yakin lonjakan semula kes COVID-19 di bandar terbesar negara itu Sydney terkawal. Namun, beliau mengakui jumlah kes yang melonjak lebih tinggi di Melbourne, terus menimbulkan cabaran.

Victoria, dengan ibu kota Melbourne yang dikenakan semula sekatan perjalanan selama enam minggu, melaporkan jumlah rekod baru bagi kes jangkitan sebanyak 723 pada Khamis (30 Jul). Victoria kini membentuk lebih separuh daripada 190 kematian akibat COVID-19 di Australia.

"Tahap penularan dan penyebaran dalam masyarakat di Victoria menimbulkan cabaran yang amat besar di situ," kata Encik Morrison semasa ditemu bual stesen radio 2GB. "Masih banyak usaha yang perlu dilakukan dan kami belum dapat mengatasinya."

Encik Morrison bekata New South Wales dengan ibu kotanya Sydney, dapat membendung penularan virus itu di pusat hiburan malam, restoran dan rumah jagaan warga tua menerusi usaha pengesanan kontak yang lebih baik berbanding di Victoria.

"Perbezaan utama adalah di New South Wales ... tiada kes yang tidak diketahui punca jangkitan. Tiada," kata beliau, sambil menarik perhatian bahawa Victoria mencatat sekitar 50 kes sehari dengan dengan sumber jangkitan yang tidak diketahui.

"Itulah antara sebab utama kami rasa lebih yakin dengan New South Wales," kata beliau.

Encik Morrison menggesa umat Islam yang akan menyambut Aidiladha mulai Jumaat supaya mengelakkan perjumpaan beramai-ramai. Penularan di Victoria sejak Jun sebahagiannya dikaitkan dengan perjumpaan keluarga selepas bulan puasa Ramadan.

"Pada saat seperti ini, adalah lebih penting bahawa kita jangan berkumpul dalam kumpulan-kumpulan besar. Seberapa pentingnya kepercayaan terhadap agama, kami juga benar-benar peka terhadap isu kesihatan di sini," katanya.

Sumber : Reuters/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan